Renungan terakhir ku

   Nama aku Siti. Mak, ayah dan ahli keluarga memanggil aku dengan nama samaran kiki, aku pun tak tahu kenapa diorang semua panggil aku dengan nama kiki arh! tak kesah lah yang penting aku nak kongsi cerita yang aku lalui sendiri.

   Nak di jadikan cerita, aku membesar dengan mak dan ayah kandung aku sendiri, aku bersekolah dan di berikan kasih sayang yang tak ternilai kasih nya macam budak-budak lain juga walaupun tak semua merasakan apa yang aku rasa, aku bersyukur kerana aku dapat merasakannya pada waktu aku kecil lagi. Aku bersekolah tidak jauh dari tempat tinggal kami, hanya megambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke sekolah, setiap hari waktu persekolahan aku akan berjalan kaki untuk pergi ke sekolah dari aku darjah 6 sehinggah lah tamat persekolahan iaitu tingkatan 5. Sewaktu aku tamat persekolahan, mak dan ayah bergaduh besar kerana ayah di tuduh mempunyai perempuan simpanan di belakang mak, aku tahu ayah tidak akan pernah berbuat demikian terhadap mak dan kami adik beradik. Aku anak pertama dan aku mempunyai lima orang adik, tiga perempuan dan dua lelaki. Aku sayang sangat kepada mak dan ayah. Semua itu terjadi kerana ada seorang perempuan bernama Zalikha (bukan nama sebenar) di tempat kerja ayah secara diam-diam menyukai ayah aku tetapi, ayah  buat tak tahu sahaja sehinggah lah Zalikha melemparkan fitnah dan mak mengetahui segalanya. Pada kejadian pergaduhan itu aku berada di ruang tamu sedang mengajar adik aku dan menolong dia membuat kerja sekolah yang di bagi sewaktu di sekolah. Kejadian itu berlaku pada 1/mei/2017 jam 9:00 p.m. Aku terdengar mak berteriak seakan melepaskan geram/marah aku terus berdiri dan lari kepada mak untuk melihat apa yang berlaku, sewaktu aku melangkah kaki untuk naik ke tingkat atas, mak dan ayah sedang turun ke bawah tempat aku dan adik-adik aku. Aku pun kembali ke tempat duduk dan sambung mengajar adik-adik aku, tidak lama kemudian mak dan ayah bergaduh pada waktu itu pertama kali dalam hidup aku nampak mak dan ayah bergaduh macam tu, adik-adik aku semua takut dan menangis aku capai adik-adik aku dan peluk diorang. Segala yang indah di dalam keluarga kami hancur dengan hanya sekelip mata apabila mak meminta untuk bercerai, setelah perbincangan antara mak dan ayah, ayah pun melafazkan cerai talak dua kepada mak aku. Sedih sangat dalam hati aku adik-adik aku semua menangis dalam pelukan aku, setelah itu mak bertanyakan kepada kami semua siapa yang nak mengikuti mak dan ayah. Pemikiran aku terbuntu sekejap seakan tak mampu nak berfikir lagi segala rasa dan segala perasaan masa tu ada dalam hati aku rasa nak nangis je tapi aku kena kuat sebab aku anak sulong dalam keluarga tu. Adik aku yang ke-5 iaitu bongsu mengikuti mak aku ke-4 mengikuti mak aku dan ke-3 mengikuti mak aku manakala adik aku yang ke-2 mengikuti ayah aku, dan aku?? aku masih terbuntu dan tak mampu berfikir. Aku melutut di kaki ayah dan mak untuk tidak megambil keputusan terburu-buru tetapi mereka tidak peduli dan tetap dengan ego mereka masing-masing. Pada malam itu mak dan ayah tidak tidur sebilik lagi dan ayah akan keluar rumah pada esok pagi, pada malam itu aku tidak boleh lelapkan mata aku tak mampu untuk lupakan semua yang jadi. Aku bangun dan capai phone aku, aku pun call mak sedara aku untuk meminta tolong dan mak sedara aku cakap dia akan datang rumah pada awal pagi esok waktu itu segala perasaan keliru dan sedih perlahan lahan mereda kerana, mak dan ayah aku memang patuh kepada cakap dan arahan mak sedara aku ni.

   Alarm aku berbunyi dan aku bangun untuk solat subuh, pada waktu itu aku hanya berdoa untuk mak dan ayah aku dan minta baik-baik semua kepada Allah tak lupa juga meminta petunjuk. Setelah selesai menunaikan solat subuh akupun terasa dahaga aku turun ke bawah dan pergi ke dapur untuk meminum air, aku ternampak ayah aku sedang duduk di ruang tamu sambil merenung gambar kami semua, gambar itu di ambil pada hari raya 2016. Aku pun perlahan-lahan naik semula ke atas tak nak ganggu ayah sangat masa tu, akupun lakukan apa yang patut aku lakukan masa tu. Pada jam 7:00 pagi aku turun semula ke bawa dan aku nampak ayah aku terbaring kat atas sofa mungkin ayah terlelap dekat situ aku pun tak nak bisinh kat situ nanti ayah terbangun jadi aku gerak ke dapur dan buat sarapan. Selang berapa minit lonceng rumah berbunyi aku pun lari ke pintu depan untuk membuka pintu, sewaktu aku lalu di hadapan ayah yang sedang terlelap di atas sofa aku terpandang wajah ayah dan langkah aku terhenti, aku renung wajah ayah aku pun tak tahu mengapa semua tu jadi secara tiba-tiba seolah aku mengahayal. Lepastu aku kembali untuk melangkah ke pintu depan untuk membuka pintu, setelah aku buka rupanya mak sedara aku dah sampai aku pun salam dan peluk mak sedara aku dan ucapkan terima kasih sebab datang juga walaupun mak sedara aku tu banyak kerja. Setelah itu aku menjemput mak sedara aku masuk, sewaktu aku ingin mengejutkan ayah kerana mak sedara aku dah sampai aku ternampak hidung ayah berdarah dan telinga ayah berdarah tapi aku tak terfikir jauh sangat, aku fikir mungkin ayah tekena cat ataupun warna-warna adik aku. Setelah aku kejutkan dan ayah terbangun, ayah pun menegur mak sedara aku dan berkata "Ya Allah sorry terlelap lah pula duduk la dulu aku nak pergi cuci muka dulu" sewaktu ayah melangkah kaki ayah pun terjatuh ke lantai, aku dan mak sedara aku terkejut darah banyak mengalir dari hidung ayah dan telinga ayah. Aku lari ke atas dan ketuk pintuk bilik mak dan bagitahu kejadian yang berlaku tetapi mak aku tak percaya dan mak aku cakap "Dah-dah lah tu membohong, anak dengan bapa sama je" aku pun lari semula ke bawah dan pegang tangan ayah, mak sedara aku suruh panggil scurity untuk tolong angkat ayah masuk dalam kereta untuk di bawa ke hospital. 

   Sewaktu di hospital aku dan mak sedara aku menunggu di luar aku tak henti-henti doa masa tu aku call mak aku dan bagitahu semuanya tetapi mak aku tak percaya sehinggah lah aku bagi phone aku ke mak sedara aku dan mak sedara aku yang bercakap baru lah mak aku percaya, selang beberapa minit mak aku sampai dan mak sedara aku ceritakan apa yang berlaku. Setelah beberapa jam ayah di rawat di dalam doktor pun keluar dan kami semua bertanya tentang keadaan ayah, alangkah terkejut nya kami semua yang berada di situ waktu itu ketika doktor mengatakan "Maaf, suami puan tidak dapat di selamatkan" seperti angin kuat meniup seluruh tubuh aku pada waktu itu aku pun tersandar di dinding, perlahan-lahan air mata aku mengalir setelah itu mak aku pula menangis dan memeluk aku sambil ia berkata "Maafkan mak kiki sebab tak percaya kiki" aku pun peluk ibu dengan kuat. Setelah kami semua dalam keadaan tenang sedikit doktor ingin berjumpa dengan keluarga ayah kami di bawa ke sebuah bilik, kami di minta untuk duduk dan bertenang setelah itu doktor memberitahu sebenarnya ayah menghadapi penyakit bara otak. Aku dan mak aku berpelukan sambil menangis dalam bilik tu, rupanya ayah selama ni sembunyikan rasa sakitnya dan membohong kepada kami semua akan kesihatannya ia lebih memilih kami daripada kesihatan nya. Terima kasih ayah kiki di sini tidak berhenti doakan ayah. 



Ulasan

Catatan Popular